Wednesday, 11 December 2013

Esei Kumpulan

GGGB2154
KECERGASAN FIZIKAL 

KUMPULAN 4
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH SUKAN NEGERI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN ( TATAR )

DISEDIAKAN UNTUK 
MEJAR MOHD  JASMY BIN ABD RAHMAN
 DISEDIAKAN OLEH
MOHAMAD FIRDAUS BIN MAT HANAFI (A142205)
MUHAMMAD FITRI ZAAIM BIN AMRAN (A142585)
MUHAMMAD RIJAL FITRI BIN YUSOFF (A142582)
MOHD SAIFUL BIN JOHARE (A141436)
FAIZ BIN MOHD BANDONG (A142583)





PENDAHULUAN

            Pembangunan peradaban  manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat  dan komunikasi ( ICT). Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi. Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan.Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.

            Oleh itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan pelajar  digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

            Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.

Apabila merujuk kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu tegaskan bahawa ICT yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran.

            Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.  Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa  “Pelbagai perisian yang digunakan  mampu menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik.

            Masa kini, pelajar sekolah lebih banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari laman sembang sosial sahaja seperti facebook, twitter, my space dan sebagainya.  Fenomena
seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007). Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para guru atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut agar menggunakan manfaat ICT  ke arah penggunaan yang betul dan seterusnya memberikan impak positif kepada diri pelajar tersebut. .





        Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
        Mengetahui pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT.
         Mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan pelajar.
        Mengkaji sejauh mana tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.
        Menilai pemahaman dan pengetahuan ICT pelajar SMK TATAR.

        Persoalan kajian
                    Sejauh manakah pengetahuan pelajar SMK TATAR tentang ICT?
                    Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang penggunaan komputer?
                    Adakah pihak sekolah SMK TATAR memberi pendedahan ICT kepada pelajar?
                    Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang ICT?


        Metodologi kajian
5.1 Pensampelan
Sampel kajian merupakan pelajar Sekolah Sukan Negeri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Cara pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri daripada beberapa atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.


5.2 Instrumen kajian
Instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Dalam borang soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, bahagian B mengetahui pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT, manakala bahagian C ialah mengetahui tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar. Bahagian D pula adalah menilai tentang pengetahuan  ICT pelajar SMK TATAR.

5.2.1 Bahagian  A – ( Latar Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
        Jantina
        Umur
        Kaum
        Bidang sukan yang diceburi

5.2.2 Bahagian B – ( Persepsi Pelajar SMK TATAR Terhadap ICT )
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap ICT sama ada mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah Ya dan Tidak.
        Adakah anda tahu tentang ICT?
        Adakah anda mempunyai facebook?
        Pernahkah anda mencari maklumat dengan mengunakan kemudahan ict ?
        Adakah anda merasakan kelas ict penting kepada seseorang pelajar?
        Pernahkah anda menggunakan youtube sebagai pembelajaran sukan yang anda ceburi?
        Adakah kelas ICT memberi pengetahuan yang luas dalam bidang sukan kepada anda?
        Adakah prestasi pelajaran pelajar meningkat apabila mengikuti kelas ICT?
        Adakah kelas ICT membantu pelajar mengenali dunia luar?

5.2.3 Bahagian C – ( Tahap Pendedahan ICT Di Sekolah Kepada Pelajar )
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan sekolah dalam memberi pendedahan ICT kepada pelajarnya. Jawapan yang diberikan ialah Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
        Pelajar didedahkan tentang ICT di sekolah
        Program berkenaan ICT giat dijalankan di sekolah
        Pihak sekolah sangat menitikberatkan penggunaan ICT di kalangan pelajar untuk mengakses maklumat
        Kelas ICT dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar dan guru sangat menitikberatkan matapelajaran ICT
        Guru selalu memberi latihan tentang ICT
        Pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan komputer

5.2.4 Bahagian D – ( Penilaian Terhadap Pengetahuan ICT Pelajar SMK TATAR )
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar pelajar tentang pengetahuan ICT mereka. Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak sahaja.
        Betulkah dengan menggunakan movie maker untuk mengeditkan video yang lebih animasi.
        Elemen untuk video adalah ,picture,audio,animasi.
        Pendriver adalah output bagi data yang ingin simpan
        Speaker adalah input bagi data.
        Motherboard adalah perisian komputer.
        Kaedah merekabentuk brochure sesebuah organisasi menggunakan format Bullets.
        Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk mematikan komputer.

6.0 Reka bentuk kajian
6.1 Kaedah Kuantitatif
Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang dinyatakan dengan tepat.

Penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis

Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.

Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil pengumpulan borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas.

Objektif kajian
Persoalan kajian
Item soalan selidik/ temu bual
Kaedah analisis data
Dapatan kajian
Objektif 1
Persoalan kajian1



.
Mengetahui pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT.


Sejauh manakah pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT?


Bahagian B
( soalan 1 - 8)

SPSS

Ya = 112
Tidak = 128


Objektif 2

Persoalan Kajian 2




Mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan pelajar.

Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang penggunaan komputer?

Bahagian C ( soalan 1 – 6 )

SPSS

Sangat tidak setuju =
Tidak setuju =  15
Tidak pasti =  15
Setuju = 113
Sangat  setuju =  37




Objektif kajian 3            
Mengkaji sejauh mana tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.

Persoalan kajian 3

Adakah pihak sekolah SMK TATAR memberi pendedahan ICT kepada pelajar?




Bahagian D
 ( soalan 1 – 6 )



SPSS



 Ya = 104
Tidak = 76


        Rumusan
Elemen Dalam Model Saale
Komponen
Dapatan Kajian
Adaptasi persekitaran





















Sosioemosi – Sikap pelajar
Sikap pelajar tentang penggunaan ICT adalah pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT merupakan subjek yang penting pada masa kini dan pelajar tahu bahawa melalui penggunaan ICT kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut. Pelajar mempunyai persepsi bahawa sesorang atlet mampu memperoleh banyak matlumat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan contohnya dalam aspek kecergasan, pemakanan atlit dan sebagainya. Pelajar juga berpendapat bahawa kekurangan pengetahuan tentang penggunaan ICT akan menyebabkan mereka seolah ketinggalan zaman kerana ICT merupakan salah satu platform yang penting dalam industry sukan pada masa kini.  Pelajar sangat bersetuju bahawa atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka minda mereka untuk kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka sedar bahawa pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di sekolah yang mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar juga mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di sekolah agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang ICT ini.

Sosioemosi – Kemahiran sosial rakan sebaya
Pelajar sangat bersetuju bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai ICT juga. Walaupun begitu, pelajar tidak pasti sama ada rakan mereka pernah berkongsi maklumat mengenai ICT dengan mereka. Namun pelajar bersetuju bahawa mereka pernah membincangkan kegunaan ICT dalam sukan bersama dengan rakan dan daripada perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang mendapat input hasil daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti samada mereka mendapat input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama rakan tersebut.

Sosioemosi – Kemahiran sosial di sekolah
Pelajar mengetahui subjek ICT melalui guru kerana guru menekankan mengenai pembelajaran ICT dan guru ada menceritakan kepentingan ICT kepada pelajar semasa waktu pembelajaran dan pengajaran. Guru juga ada memberikan tugasan mengenai ICT dan pelajar mendapat input hasil daripada tugasan tersebut.





Adaptasi Pengajaran

Kandungan

Pihak sekolah ada mendedahkan maklumat mengenai ICT kepada pelajar dan pihak sekolah juga ada mengetengahkan kepentingan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kehidupan pelajar.

Media
Pelajar tidak pasti sama ada subjek ICT penting untuk mencari ilmu berkenaan dengan sukan yang mereka ceburi. Namun begitu, pihak sekolah ada menampalkan/mempamerkan maklumat mengenai ICT dalam sukan di papan kenyataan sekolah bagi tujuan pelajar mendapat input yang lebih mengenai ICT dalam sukan.

Adaptasi Penilaian
Penilaian
Pelajar terdedah kepada pengetahuan isu ICT kerana pihak sekolah mengadakan program yang berkaitan dengan ICT di sekolah dan program tersebut dapat menarik minat pelajar. Hasil daripada program-program yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut, pelajar mendapat input yang berguna dan pelajar akan terus menyokong penuh terhadap setiap program yang diadakan  di sekolah terutama sekali mengenai cara penggunaan ICT dengan betul.



Referensi

https://www.facebook.com/groups/tatarian/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Hamsiah Mohd Dahalan & Raja Maznah Raja Hussain. 2010. Development of Web-Based Assessment in Teaching and Learning Management System (e-ATLMS). Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 244-248. (ISI-Cited Publication)

Ng Huey Zher & Raja Maznah Raja Hussain, 2009. Empowering Learners as the Owners of Feedback while YouTube-ing. Interactive Technology and Smart Education, 6(4: 274-285.

Hamsiah Mohd Dahalan & Raja Maznah Raja Hussain (2011). Sistem Pengurusan Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web (e-SP4), Journal of Educational Research (Special Edition), 53-65.

Raja Maznah Raja Hussain (2005). Teori dan Konsep Teknologi Pengajaran: Isu dan Cabaran (Theory and Concepts of Instructional Technology: Issues and Challenge). In Siow, H. L. et al. (Eds) Pedagogi Merentas Kurikulum, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 3-9

Mahzan Arshad, John Arul Phillips, Fatimah Hashim, Raja Maznah Raja Hussain, Saratha Sithamparam, Shabeshan Rengasany, Sat Md Yassin and Khairuddin MdTaib, (2002). Kemahiran Berfikir dan Komunikasi, dalam Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya: KL

Fong, S.F., Raja Maznah Raja Hussain, Rozhan Idrus, Shekaran, C. & Chong, O. (2008). The 1:1 Classmate PC (CMPC) in Malaysian Primary Schools. The International Journal of Excellence in e-Learning, Volume 1, Issue 1.

Raja Maznah Raja Hussain (2003). Instructional Design Experience for Web-based Learning. Jurnal Pendidikan (Journal of Educational Research). 22. 219 230. ISSN0126-5261

 http://umexpert.um.edu.my/papar_cv.php?id=AAAMJCAALAAC1J8AA

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengatur_cara

No comments:

Post a Comment